Search This Blog

Tuesday, October 23, 2012

Site Profile KPMAM

Top Management of KPMAM


Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ PROFESIONAL MARA  AYER MOLEK, MELAKA

Sejarah penubuhan Kolej Profesional MARA bermula dengan penubuhan Institut Perdagangan MARA (IPM) Melaka bertempat di bangunan MARA (lama), Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993. IPM Melaka dipindahkan ke lokasi di Jalan Hang Tuah, Melaka (sekarang KPM Bandar Melaka) pada bulan Jun tahun berikutnya.
Pada 1 Jun 2009 Kolej Profesional MARA Melaka telah dipecahkan kepada dua iaitu KPM Bandar Melaka dan KPM Ayer Molek. KPM Ayer Molek pada tarikh tersebut telah memulakan operasi di tempat baru iaitu di KM 16, Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer Molek, Melaka.
Pelajar-pelajar bagi kursus Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) KPM Melaka telah dipindahkan ke KPM Ayer Molek bermula 9 Julai 2009. Sementara pelajar baru yang ditawarkan ke KPM Ayer Molek mula melapor diri pada 7 Julai 2009.
Pada hari ini pengurusan KPM Ayer Molek diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah HEA, Timbalan Pengarah HEP dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dengan sokongan ahli-ahli pengurusan kolej. Bilangan kakitangan pentadbiran kolej sehingga kini ialah 49 orang dan kakitangan akademik 39 orang. Sementara bilangan pelajar pula 904 orang.
Projek pembangunan KPMAM ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 22 hektar. Terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Dewan Serbaguna/Besar, Pusat Pelajar, Astaka, Asrama Tambahan, Kediaman Timbalan Pengarah, Kediaman Pensyarah, Kediaman Kelas G, Garaj Bas, Wakaf, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Tampar dan Trek Joging akan dilaksanakan dalam projek Fasa 2.
Warga KPM Ayer Molek bertekad menyumbang tenaga ke arah memenuhi visi dan misi KPM Ayer Molek untuk menjadi sebuah instintusi pendidikan yang cemerlang dan disegani dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.
VISI
Kolej Profesional MARA Ayer Molek untuk menjadi sebuah institusi pendidikan MARA yang unggul berteraskan pengurusan dan keusahawanan
MISI
Kolej Profesional MARA Ayer Molek berusaha untuk melaksanakan program separa profesional  yang berkualiti selaras dengan keperluan semasa dalam melahirkan modal insan yang berinovasi, berdaya saing dan berjiwa keusahawanan
MOTO
Kreatif, Profesional, Mesra
PIAGAM PELANGGAN
  • Proses pendaftaraan pelajar baru akan disempurnakan dalam tempoh 30 minit bagi setiap pelajar.
  • Setiap pelajar baru dibekalkan dengan 1 naskah buku panduan pelajar dan 1 naskah buku program pengajian pada hari pendaftaraan.
  • Dokumen pembayaran elaun sarahidup pelajar yang lengkap dihantar ke Bahagian Kewangan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas hari pendaftaran.
  • Keputusan peperiksaan diserahkan kepada pelajar pada hari pertama pendaftaran semula pelajar lama.
  • Segala bentuk tuntutan bayaran kepada staf dan pembekal akan dijelaskan dalam masa 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen yang lengkap.
  • Pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh 15 minit.
  • Panggilan telefon dilayan dalam 3 deringan.
  • Jadual waktu mengajar diedarkan kepada guru 1 minggu sebelum sessi pengajian bermula.
  • Jadual penyeliaan diedarkan kepada guru pada minggu 1 akademik setiap semester.
  • Segala maklumat yang diperlukan oleh Pemegang Taruh akan diberi maklum balas dalam masa tempoh 1 minggu daripada tarikh permintaan diterima.

LOKASI

Alamat Kolej Profesional MARA Ayer Molek.

KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
KM 16, JALAN TIANG DUA,
75460, AYER MOLEK,
MELAKA.
 

Tel: 06 2812012/ 06 2812011
Fax: 06 2812009
 Logo KPM

DEFINISI LOGO

KPM bermaksud Kolej Profesional MARA iaitu institusi yang melaksanakan kursus-kursus dalam bidang profesional yang terkini dan diiktiraf.

BENTUK EMPAT SEGI melambangkan 4 misi KPM iaitu :
·         Membina insan cemerlang berteraskan perakaunan, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan teknologi maklumat
·         Berakhlak mulia
·         Kecekapan keusahawanan dan pengurusan
·         Ketrampilan menerajui kepimpinan negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

WARNA LOGO

MERAH melambangkan keberanian dan kekuatan yang ada dalam diri warga KPM ke arah kecemerlangan akademik
BIRU melambangkan keharmonian masyarakat kampus dalam merialisasikan matlamat pendidikan MARA
KUNING melambangkan keunggulan kualiti pembelajaran bagi melahirkan generasi yang berprestasi cemerlang


1 comment: