Search This Blog

Monday, December 13, 2010

minggu akhir sebelum final xm

hari ni penat sangat..the whole day presentation..ak pon turut kena wat presentation..tp mase kelas petang td mengantuk yang amat sangat..tak daye nak tahan mata ni..rasa geram kat diri ni pon ad gak..pas 2 ajak khairi g minum masa kelas petang 2..siap minum air kopi lagi..huhu...so far, perjalanan kat uia buat sem ni hampir tiba ke destinasi..but, assignment masih berlambak2 lagi..xpe, gunakan masa yang ada dengan sebaiknya..mesti rasa puas bile semua assignment dihantar nnti..yela, teringat lak masa ak kat usim dulu..sweet sangat..heheh..try ur best WAN..may Allah always be with u..wife also..rindu kat my wife..i love u sayang..

Sunday, December 12, 2010

without her..

minggu ni ak rasa sunyi sangat, yela sejak menjadi husband ni... ak jarang dapat berjumpa ngan wife..maklumlaa kami dok berjauhan..tp x pe, ak yang pilih jalan ni, so perlulah cekalkan hati supaya x stress..
bile tengok couple lain agak jelous gak..but i try to realize it..huuuu..
minggu depan pasti dapat berjumpa..hopefully..
saat demi saat ak dapat rasakan bahawa hubungan kami amat indah..
ak x taw kenapa tp ak dapat rasakan bahawa ia sangat istimewa dalam kehidupanku..sumpah!!
heheh..hope hubungan kamu akan sentiasa diredhai ilehNya..ameen
sayang, abg sayangkan sayang..with love and care..

Wednesday, October 20, 2010

sepanjang perjalanan ini...

Syukur diatas nikmat dan rahmat pencipta sekalian alam. Pendidikan merupakan tunggak utama kepada pembentuykan modal insan pada hari ini. Terutamanya dalam merialisasikan wawasan 2020 serta pembentukan Negara maju setanding dengan Negara-negara lain. Bagi keperluan itu, warga pendidik perlu bersiap sedia bersama-sama merialisasikan hasrat pembentukan Negara maju.
Kerjaya dalam bidang pendidikan memerlukan komitment yang tinggi standing dengan arus permodenan dan teknologi. Oleh yang demikian, selaku warganegara yang mahu melihat kejayaan masyarakat memperolehi standard dan standing dengan Negara maju, saya dengan rasa bangganya menceburi bidang pendidikan sebagai kerjaya utama dalam hidup.
Bermula dari tanggal 17 Februari 1983 tam 12.35 minit malam, lahirlah seorang permata hati ibu ayah dan diberi nama Khairul Azwan. Bayi lelaki itu lahir dari keluarga yang besar terdiri dari 9 orang adik beradik. Kelahiran yang disambut dengan syukur dan ceria telah menjadi kenangan manis buat seisi keluarga. Peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh ibu ayah membentuk personaliti serta pemikiran positif terhadap diriku. Kasih saying yang telah dicurahkan akan aku rasai sepanjang usia diriku ini.
Bermula di rumah, aku diajar ilmu mengenal huruf, nombor serta adab. Ketika usiaku mencecah 7 tahun, aku didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Pekan, Pahang kira-kira 4 kilomiter dari rumahku. Disekolah itu, banyak pengalaman yang ku alami serta dugaan diri bermula disitu. Sejak di bangkuy sekolah lagi, aku mula aktif dengan program-program berunsurkan kegiatan luar dan bimbingan. Setelah mengambil Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR) pada tanun 1995, aku melangkah setapak lagi. Kini aku ditempatkan di Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan Pahang. Minatku dalam bidang keagamaan telah dihidu oleh ibu bapaku. Di sekolah tersebut, aku ula menanam hasratku untuk berkecimpung dalam bidang pendidikan. Ini kerana kakak dan abang telah diterima menjadi guru di sekolah serta pandangan yang positif terhadap guru-guruku semasa berasa di sekolah menengah. Impian ini aku pengang dan akan aku rialisasikan dalam kehidupanku.
Setelah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tanun 2000, bapa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan ia merupakan episode sedih dalam sorotan kehidupanku. Berbekalkan semangat dari ibu dan keluarga, aku berhasrat untuk tidak mensia-siakan umur mudaku. Aku melangkah setapak lagi dan kini aku diterima untuk memasuki  sebuah IPT di Kuantan, Pahang.
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) merupakan tempat pengajian yang masih menjadi ingatanku. Disinilah aku mengenal erti kehidupan yang sebenarnya. Pelbagai program telah aku ikuti menjadikan aku tegar dalam menempuhi suka duka kehidupan Ini. Di sini, aku mengambil jurusan Diploma Pengajian Islam dalam pengkhususan Dakwah dan Pengurusan. Berbekalkan CGPA 3.29 aku berjaya diterima untuk memasuki IPTA iaitu pada awalnya dikenali sebagai KUIM (Kolej university Islam Malaysia) tetapi sekarang amat sinonim dengan gelaran USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Disana aku tidak meneruskan bidang pengajian Islam, tetapi aku mengambil jurusan Kaunseling. 

bosan!!


pertama sekali dalam kehidupanku, aku melangkah maju dan terus ke hadapan tanpa mengira sebarang halangan yang mendatang. perasaan ku kali ini agak stabil tetapi tergangu akibat tidak ada perkara yang dapat menghiburkan diriku pada malam ini..bosan laa..nak berfacebook pon cam x de ape sangat yang nak dicomen or chat..so aku tulis ape2 je yang terkeluar dalam fikiran ini..hehhe..