Top Management of KPMAM
Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka
SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK, MELAKA
Sejarah penubuhan
Kolej Profesional MARA bermula dengan penubuhan Institut Perdagangan MARA
(IPM) Melaka bertempat di bangunan MARA (lama), Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993. IPM Melaka dipindahkan ke lokasi di Jalan
Hang Tuah, Melaka (sekarang KPM Bandar Melaka) pada bulan Jun tahun
berikutnya.
|
Pada 1 Jun 2009
Kolej Profesional MARA Melaka telah dipecahkan kepada dua iaitu KPM Bandar
Melaka dan KPM Ayer Molek. KPM Ayer Molek pada tarikh tersebut telah
memulakan operasi di tempat baru iaitu di KM 16, Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer
Molek, Melaka.
Pelajar-pelajar bagi
kursus Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) KPM
Melaka telah dipindahkan ke KPM Ayer Molek bermula 9 Julai 2009. Sementara
pelajar baru yang ditawarkan ke KPM Ayer Molek mula melapor diri pada 7 Julai
2009.
Pada hari ini
pengurusan KPM Ayer Molek diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan
Pengarah HEA, Timbalan Pengarah HEP dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan
dengan sokongan ahli-ahli pengurusan kolej. Bilangan kakitangan pentadbiran
kolej sehingga kini ialah 49 orang dan kakitangan akademik 39 orang.
Sementara bilangan pelajar pula 904 orang.
|
Projek
pembangunan KPMAM ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 22 hektar.
Terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Dewan Serbaguna/Besar, Pusat Pelajar, Astaka, Asrama Tambahan, Kediaman
Timbalan Pengarah, Kediaman Pensyarah, Kediaman Kelas G, Garaj Bas, Wakaf,
Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Tampar dan Trek Joging akan dilaksanakan
dalam projek Fasa 2.
Warga KPM
Ayer Molek bertekad menyumbang tenaga ke arah memenuhi visi dan misi KPM Ayer
Molek untuk menjadi sebuah instintusi pendidikan yang cemerlang dan disegani
dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.
VISI
Kolej Profesional MARA
Ayer Molek untuk menjadi sebuah institusi pendidikan MARA yang unggul
berteraskan pengurusan dan keusahawanan
MISI
Kolej Profesional MARA
Ayer Molek berusaha untuk melaksanakan program separa profesional yang berkualiti
selaras dengan keperluan semasa dalam melahirkan modal insan yang berinovasi,
berdaya saing dan berjiwa keusahawanan
MOTO
Kreatif, Profesional,
Mesra
PIAGAM PELANGGAN
- Proses pendaftaraan pelajar baru akan
disempurnakan dalam tempoh 30 minit bagi setiap pelajar.
- Setiap pelajar baru dibekalkan dengan 1 naskah
buku panduan pelajar dan 1 naskah buku program pengajian pada hari
pendaftaraan.
- Dokumen pembayaran elaun sarahidup pelajar yang
lengkap dihantar ke Bahagian Kewangan selewat-lewatnya 15 hari bekerja
selepas hari pendaftaran.
- Keputusan peperiksaan diserahkan kepada pelajar
pada hari pertama pendaftaran semula pelajar lama.
- Segala bentuk tuntutan bayaran kepada staf dan
pembekal akan dijelaskan dalam masa 14 hari bekerja selepas penerimaan
dokumen yang lengkap.
- Pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan
dalam tempoh 15 minit.
- Panggilan telefon dilayan dalam 3 deringan.
- Jadual waktu mengajar diedarkan kepada guru 1
minggu sebelum sessi pengajian bermula.
- Jadual penyeliaan diedarkan kepada guru pada
minggu 1 akademik setiap semester.
- Segala maklumat yang diperlukan oleh Pemegang
Taruh akan diberi maklum balas dalam masa tempoh 1 minggu daripada tarikh
permintaan diterima.
LOKASI
Alamat Kolej
Profesional MARA Ayer Molek.
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
KM 16, JALAN TIANG DUA,
75460, AYER MOLEK,
MELAKA.
Tel: 06 2812012/ 06 2812011
KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
KM 16, JALAN TIANG DUA,
75460, AYER MOLEK,
MELAKA.
Tel: 06 2812012/ 06 2812011
Fax: 06 2812009
Logo KPM
DEFINISI LOGO
KPM bermaksud Kolej Profesional MARA iaitu institusi yang
melaksanakan kursus-kursus dalam bidang profesional yang terkini dan diiktiraf.
BENTUK EMPAT SEGI melambangkan 4 misi KPM iaitu :
BENTUK EMPAT SEGI melambangkan 4 misi KPM iaitu :
·
Membina insan cemerlang berteraskan perakaunan, pengurusan
perniagaan, keusahawanan dan teknologi maklumat
·
Berakhlak mulia
·
Kecekapan keusahawanan dan pengurusan
·
Ketrampilan menerajui kepimpinan negara dalam bidang ekonomi,
politik dan sosial.
WARNA LOGO
MERAH melambangkan keberanian dan kekuatan yang ada dalam diri warga
KPM ke arah kecemerlangan akademik
BIRU melambangkan keharmonian masyarakat kampus dalam merialisasikan matlamat
pendidikan MARA
KUNING melambangkan keunggulan
kualiti pembelajaran bagi melahirkan generasi yang berprestasi cemerlang