Search This Blog

Tuesday, October 23, 2012

4 Jurnal sepanjang menjalani Praktikum


JURNAL SEBELUM  LATIHAN PRAKTIKUM UIAM

Persediaan sebagai kaunelor pelatih di instintusi pengajian tinggi agak mencabar. Terutama lagi bagi membuat rakaman sesi kaunseling serta melaksanakan kerja-kerja hakiki yang lain. Walaupun sudah berpengalaman sebagai kaunselor di sebuah kolej, aku tetap berhadapan dengan tekanan untuk mentadbir sesi kaunseling individu dan kelompok sepertimana yang telah diamanahkan demi melayakkan aku memiliki segulung Diploma Pendidikan dari UIAM. Bagi aku semua ini merupakan cabaran dan ia adalah ilmu baru yang aku pelajari disini. Banyak yang perlu dipelajari lagi bagi mentadbir sesi kaunseling agar aku dapat mentadbir sesi kaunseling dengan lebih berkesan lagi dimasa akan datang.
Malam ini terasa sejuk sangat. Rasa macam nak demam pun ada. Tapi itu adalah asam garam sebagai seorang pelajar. Di universiti terdahulu pun aku sering mengalami simptom yang sama sebelum menjalankan sesi kaunseling yang lebih berstruktur ini. Tambahan lagi, tugasan yang diberikan kepada aku sebenarnya perlu merekodkan sesi kaunseling kelompok dan individu, namun apakah daya kami, masa yang menentukan segalanya.
Harapan bagi mentadbir sesi kaunseling ini agak tinggi. Aku mahukan praktikum ini antara latihan aku yang terbaik yang akan dilakukan sepanjang tempoh latihan serta menjadikan aku lebih bersedia untuk menjadi kaunselor yang terbaik di kolej ini. Pelbagai cara dan teknik telah dibincangkan agar setiap sesi kelompok/individu yang akan dilakukan dapat ditadbirkan dengan selamat dengan sempurna. Satu sahaja kata-kata semangat yang aku pegang selama ini iaitu “Usaha Tangga Kejayaan”. Jadi, aku perlu berusaha walau apa sahaja halangan termasuklah kesihatan yang kurang mengizinkan ini.













JURNAL FASA 1 PRAKTIKUM DI KPM AYER MOLEK, MELAKA

Banyak persoalan timbul dalam fikiranku semasa menjalalani sesi praktikum kaunseling ini. Hari ke hari aku jalani dengan tekad untuk melakukan yang terbaik demi kerjaya ku sebagai seorang kaunselor. Bagi aku, setelah berusaha, aku perlu tawakkal tanda pasrah kepadanya. Yang penting bagi aku, USAHA! Dengan berusaha, aku pasti kejayaan pasti menanti kita. Kalau tak pun, kita tahu bahawa kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan dan kegagalan bukanlah alasan untuk aku tidak boleh berjaya.
Sememangnya banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hari. Aku cuba menyusun sebaik mungkin jadual harian supaya segala perkara dapat dibereskan berdasarkan perancangan dan keperluan instintusi. Flaxible sangat penting bagi memastikan segala tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Malah aku perlu gigih demi melaksanakan amanah dan tanggung jawab ini.
Dalam jurnal ini juga, aku mengharapkan agar setiap apa yang aku pelajari semasa disini dapat dipraktikkan semasa aku bertugas nanti. Keberkesanan sesi latihan ini sebenarnya amat baik bagi mereka yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah latihan yang bagus dan dapat memberikan input yang berguna sebagai seorang kaunselor sepenuh masa kelak. Dengan itu, aku berharap agar aku dapat mempraktikkan ilmu yang berkaitan kaunseling ini dengan jayanya semasa di tempat kerja/kolej nanti.
JURNAL FASA 2 PRAKTIKUM DI KPM AYER MOLEK, MELAKA

Sekarang telah masuk fasa kedua aku menjalani praktikum Diploma Pendidikan Kaunseling di Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka. Walaupun telah dicerap oleh Dr. Kamsiah, aku tetap perlu berusaha gigih bagi melengkapkan jam kredit sesi kaunseling sepertimana yang telah diamanahkan oleh pihak Universiti.
Dalam fasa-fasa terakhir menjalani praktikum ini, banyak kursus-kursus dan program wajib yang perlu aku hadiri antaranya termasuklan kursus Tracer Study IPTS di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya, Program Engegament MARA-IPTS Bumiputra,  Bengkel Peningkatan Aktiviti Hal Ehwal Pelajar dan banyak lagi.
 Bagi aku segala program yang dihadiri dapat memberikan input yang baik dari segi peningkatan pengetahuan dalam kerjaya ini. Tetapi dalam sebuk menghadiri semua program, aku perlu bijak dalam membahagikan masa supaya aktiviti unit kaunseling tidak diabaikan. Oleh yang demikian unit kaunseling KPM Ayer Molek sempat menganjurkan program Menuju Puncak KPMAM di Anjung Tasik Center, Durian Tunggal, Melaka. Program ini dibuat bagi meningkatkan motivasi dalam pelajaran kepada pelajar yang memperolehi PNGS 2.00 kebawah, dimana mereka berstatus Meneruskan Pengajian Bersyarat (MPS). Oleh yang demikian, diharapkan program seperti ini dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar menganai pentingnya memperolehi pointer yang baik untuk meneruskan pengajian disini.
Tidak ketinggalan juga, Unit kaunseling KPM Ayer Molek turut mengadakan program Khidmat Komuniti Masyarakat di Kawasan Perkelahan Air Terjun Gunung Ledang, Johor. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai pentingnya menjaga alam persekitaran serta memupuk semangan kerjasama diantara peserta program dengan masyarakat setempat.
Diharapkan segala usaha dapat memakmurkan masyarakat serta negara dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.








JURNAL SELEPAS PRAKTIKUM DI KPM AYER MOLEK, MELAKA
Alhamdullillah wa syukurillah, aku sangat bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaannya maka dapat juga aku jalani Praktikum Diploma Pendidikan Kaunseling di Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka.
Sesungguhnya, pelbagai pengalaman yang berguna dan bermakna dapat aku harungi sepanjang menjalankan praktikum disini. Ucapan terima kasih kepada Dr. Haniza, Hajjah Fuziah serta Dr. Kamsiah kerana kanyak memberi tunjuk ajar serta motivasi berguna sepanjang menjalankan praktikum disini. Sesungguhnya jasa dan tunjuk ajar kalian tidak dapat dibalas dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Sesi praktikum merupakan kaedah terbaik untuk memberikan pengalaman berguna setelah belajar didalam kelas. Dengan menjalani sesi praktikum ini, seseorang pelajar dapat menjiwai realiti sebenar dialam pekerjaan nanti. Oleh yang demikian, bagi pendapat peribadi aku, sesi praktikum ini perlu diteruskan kepada pelajar kesemua bidang supaya apa yang dipelajarinya didalam kelas dapat dipraktikkan dialam pekerjaan suatu hari nanti.
Di kesempatan ini juga aku berharap dengan segala ilmu dan pengalaman sepanjang sesi pembelajaran di UIAM dapat digunakan sepanjang bergelah seorang keunselor. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan semoga Allah memberi keredhaannya kepada kita semua. Amin.

No comments:

Post a Comment