Search This Blog

Tuesday, October 23, 2012


Assalam.. alhamdulillah, sudah hampir 2 tahun usia perkahwinan kami..Insya Allah, bulan hadapan baby akan bersama kami. so sekarang ni ade tips yang hendak dikongsikan dengan korang semua. tips ni sangat bagus terutama kepada mereka yang bakal bergelar bapa untuk pertama kalinya. mesti dalam fikiran korang sangat nerves n kelam kabut bila difikirkan waktu isteri korang nak bersalin nanti kann..so sekarang ni aku nak share tips persediaan sebagai seorang bapa sewaktu isteri mahu bersalin..harap ia bermanfaat kepada korang semua..
Senarai keperluan bayi di hospital
  1. 2 helai tuala mandi
  2. 2 helai selimut
  3. 20 helai kain lampin / lampin pakai buang
  4. 1 kotak tissue basah
  5. 4 helai baju / baju sejuk
  6. 4 pasang seluar panjang
  7. 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
  1. 1 helai tuala mandi
  2. 1 helai tuala muka
  3. 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
  4. 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
  5. 2 helai pakaian biasa
  6. 2 pasang stokin
  7. 1 pasang selipar
  8. 3 helai coli khas untuk menyusu
  9. 2 pasang pelapik coli
  10. 5 helai seluar dalam pakai buang
  11. sikat
  12. berus gigi dan ubat gigi
  13. barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
  14. pakaian untuk pulang ke rumah
  15. bahan bacaan / yaasin
  16. susu sesuai untuk ibu menyusu seperti MAMIL MAMA
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
  1. surat rujukan doktor
  2. kad pengenalan anda & isteri
  3. surat nikah / kad perakuan nikah
  4. wang
  5. surat pengesahan majikan (penjawat awam)
  6. charger handfon (jika perlu)
  7. surat kebenaran menemani isteri semasa melahirkan bayi di labor room
so, diharapkan kepada bakal bapa untuk turut membantu isteri membuat persediaan selengkapnye supaya korang taklah tercari2 barang yang perlu dibawa bersama nanti..bapa muda mcm aku perlu get ready n cover macho k..hehe..wassalam

No comments:

Post a Comment