Search This Blog

Tuesday, October 23, 2012

Site Profile KPMAM

Top Management of KPMAM


Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ PROFESIONAL MARA  AYER MOLEK, MELAKA

Sejarah penubuhan Kolej Profesional MARA bermula dengan penubuhan Institut Perdagangan MARA (IPM) Melaka bertempat di bangunan MARA (lama), Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993. IPM Melaka dipindahkan ke lokasi di Jalan Hang Tuah, Melaka (sekarang KPM Bandar Melaka) pada bulan Jun tahun berikutnya.
Pada 1 Jun 2009 Kolej Profesional MARA Melaka telah dipecahkan kepada dua iaitu KPM Bandar Melaka dan KPM Ayer Molek. KPM Ayer Molek pada tarikh tersebut telah memulakan operasi di tempat baru iaitu di KM 16, Jalan Tiang Dua, 75460 Ayer Molek, Melaka.
Pelajar-pelajar bagi kursus Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS) KPM Melaka telah dipindahkan ke KPM Ayer Molek bermula 9 Julai 2009. Sementara pelajar baru yang ditawarkan ke KPM Ayer Molek mula melapor diri pada 7 Julai 2009.
Pada hari ini pengurusan KPM Ayer Molek diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah HEA, Timbalan Pengarah HEP dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dengan sokongan ahli-ahli pengurusan kolej. Bilangan kakitangan pentadbiran kolej sehingga kini ialah 49 orang dan kakitangan akademik 39 orang. Sementara bilangan pelajar pula 904 orang.
Projek pembangunan KPMAM ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 22 hektar. Terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Dewan Serbaguna/Besar, Pusat Pelajar, Astaka, Asrama Tambahan, Kediaman Timbalan Pengarah, Kediaman Pensyarah, Kediaman Kelas G, Garaj Bas, Wakaf, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Tampar dan Trek Joging akan dilaksanakan dalam projek Fasa 2.
Warga KPM Ayer Molek bertekad menyumbang tenaga ke arah memenuhi visi dan misi KPM Ayer Molek untuk menjadi sebuah instintusi pendidikan yang cemerlang dan disegani dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.
VISI
Kolej Profesional MARA Ayer Molek untuk menjadi sebuah institusi pendidikan MARA yang unggul berteraskan pengurusan dan keusahawanan
MISI
Kolej Profesional MARA Ayer Molek berusaha untuk melaksanakan program separa profesional  yang berkualiti selaras dengan keperluan semasa dalam melahirkan modal insan yang berinovasi, berdaya saing dan berjiwa keusahawanan
MOTO
Kreatif, Profesional, Mesra
PIAGAM PELANGGAN
  • Proses pendaftaraan pelajar baru akan disempurnakan dalam tempoh 30 minit bagi setiap pelajar.
  • Setiap pelajar baru dibekalkan dengan 1 naskah buku panduan pelajar dan 1 naskah buku program pengajian pada hari pendaftaraan.
  • Dokumen pembayaran elaun sarahidup pelajar yang lengkap dihantar ke Bahagian Kewangan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas hari pendaftaran.
  • Keputusan peperiksaan diserahkan kepada pelajar pada hari pertama pendaftaran semula pelajar lama.
  • Segala bentuk tuntutan bayaran kepada staf dan pembekal akan dijelaskan dalam masa 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen yang lengkap.
  • Pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh 15 minit.
  • Panggilan telefon dilayan dalam 3 deringan.
  • Jadual waktu mengajar diedarkan kepada guru 1 minggu sebelum sessi pengajian bermula.
  • Jadual penyeliaan diedarkan kepada guru pada minggu 1 akademik setiap semester.
  • Segala maklumat yang diperlukan oleh Pemegang Taruh akan diberi maklum balas dalam masa tempoh 1 minggu daripada tarikh permintaan diterima.

LOKASI

Alamat Kolej Profesional MARA Ayer Molek.

KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK
KM 16, JALAN TIANG DUA,
75460, AYER MOLEK,
MELAKA.
 

Tel: 06 2812012/ 06 2812011
Fax: 06 2812009
 Logo KPM

DEFINISI LOGO

KPM bermaksud Kolej Profesional MARA iaitu institusi yang melaksanakan kursus-kursus dalam bidang profesional yang terkini dan diiktiraf.

BENTUK EMPAT SEGI melambangkan 4 misi KPM iaitu :
·         Membina insan cemerlang berteraskan perakaunan, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan teknologi maklumat
·         Berakhlak mulia
·         Kecekapan keusahawanan dan pengurusan
·         Ketrampilan menerajui kepimpinan negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

WARNA LOGO

MERAH melambangkan keberanian dan kekuatan yang ada dalam diri warga KPM ke arah kecemerlangan akademik
BIRU melambangkan keharmonian masyarakat kampus dalam merialisasikan matlamat pendidikan MARA
KUNING melambangkan keunggulan kualiti pembelajaran bagi melahirkan generasi yang berprestasi cemerlang


4 Jurnal sepanjang menjalani Praktikum


JURNAL SEBELUM  LATIHAN PRAKTIKUM UIAM

Persediaan sebagai kaunelor pelatih di instintusi pengajian tinggi agak mencabar. Terutama lagi bagi membuat rakaman sesi kaunseling serta melaksanakan kerja-kerja hakiki yang lain. Walaupun sudah berpengalaman sebagai kaunselor di sebuah kolej, aku tetap berhadapan dengan tekanan untuk mentadbir sesi kaunseling individu dan kelompok sepertimana yang telah diamanahkan demi melayakkan aku memiliki segulung Diploma Pendidikan dari UIAM. Bagi aku semua ini merupakan cabaran dan ia adalah ilmu baru yang aku pelajari disini. Banyak yang perlu dipelajari lagi bagi mentadbir sesi kaunseling agar aku dapat mentadbir sesi kaunseling dengan lebih berkesan lagi dimasa akan datang.
Malam ini terasa sejuk sangat. Rasa macam nak demam pun ada. Tapi itu adalah asam garam sebagai seorang pelajar. Di universiti terdahulu pun aku sering mengalami simptom yang sama sebelum menjalankan sesi kaunseling yang lebih berstruktur ini. Tambahan lagi, tugasan yang diberikan kepada aku sebenarnya perlu merekodkan sesi kaunseling kelompok dan individu, namun apakah daya kami, masa yang menentukan segalanya.
Harapan bagi mentadbir sesi kaunseling ini agak tinggi. Aku mahukan praktikum ini antara latihan aku yang terbaik yang akan dilakukan sepanjang tempoh latihan serta menjadikan aku lebih bersedia untuk menjadi kaunselor yang terbaik di kolej ini. Pelbagai cara dan teknik telah dibincangkan agar setiap sesi kelompok/individu yang akan dilakukan dapat ditadbirkan dengan selamat dengan sempurna. Satu sahaja kata-kata semangat yang aku pegang selama ini iaitu “Usaha Tangga Kejayaan”. Jadi, aku perlu berusaha walau apa sahaja halangan termasuklah kesihatan yang kurang mengizinkan ini.













JURNAL FASA 1 PRAKTIKUM DI KPM AYER MOLEK, MELAKA

Banyak persoalan timbul dalam fikiranku semasa menjalalani sesi praktikum kaunseling ini. Hari ke hari aku jalani dengan tekad untuk melakukan yang terbaik demi kerjaya ku sebagai seorang kaunselor. Bagi aku, setelah berusaha, aku perlu tawakkal tanda pasrah kepadanya. Yang penting bagi aku, USAHA! Dengan berusaha, aku pasti kejayaan pasti menanti kita. Kalau tak pun, kita tahu bahawa kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan dan kegagalan bukanlah alasan untuk aku tidak boleh berjaya.
Sememangnya banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hari. Aku cuba menyusun sebaik mungkin jadual harian supaya segala perkara dapat dibereskan berdasarkan perancangan dan keperluan instintusi. Flaxible sangat penting bagi memastikan segala tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Malah aku perlu gigih demi melaksanakan amanah dan tanggung jawab ini.
Dalam jurnal ini juga, aku mengharapkan agar setiap apa yang aku pelajari semasa disini dapat dipraktikkan semasa aku bertugas nanti. Keberkesanan sesi latihan ini sebenarnya amat baik bagi mereka yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah latihan yang bagus dan dapat memberikan input yang berguna sebagai seorang kaunselor sepenuh masa kelak. Dengan itu, aku berharap agar aku dapat mempraktikkan ilmu yang berkaitan kaunseling ini dengan jayanya semasa di tempat kerja/kolej nanti.
JURNAL FASA 2 PRAKTIKUM DI KPM AYER MOLEK, MELAKA

Sekarang telah masuk fasa kedua aku menjalani praktikum Diploma Pendidikan Kaunseling di Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka. Walaupun telah dicerap oleh Dr. Kamsiah, aku tetap perlu berusaha gigih bagi melengkapkan jam kredit sesi kaunseling sepertimana yang telah diamanahkan oleh pihak Universiti.
Dalam fasa-fasa terakhir menjalani praktikum ini, banyak kursus-kursus dan program wajib yang perlu aku hadiri antaranya termasuklan kursus Tracer Study IPTS di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya, Program Engegament MARA-IPTS Bumiputra,  Bengkel Peningkatan Aktiviti Hal Ehwal Pelajar dan banyak lagi.
 Bagi aku segala program yang dihadiri dapat memberikan input yang baik dari segi peningkatan pengetahuan dalam kerjaya ini. Tetapi dalam sebuk menghadiri semua program, aku perlu bijak dalam membahagikan masa supaya aktiviti unit kaunseling tidak diabaikan. Oleh yang demikian unit kaunseling KPM Ayer Molek sempat menganjurkan program Menuju Puncak KPMAM di Anjung Tasik Center, Durian Tunggal, Melaka. Program ini dibuat bagi meningkatkan motivasi dalam pelajaran kepada pelajar yang memperolehi PNGS 2.00 kebawah, dimana mereka berstatus Meneruskan Pengajian Bersyarat (MPS). Oleh yang demikian, diharapkan program seperti ini dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar menganai pentingnya memperolehi pointer yang baik untuk meneruskan pengajian disini.
Tidak ketinggalan juga, Unit kaunseling KPM Ayer Molek turut mengadakan program Khidmat Komuniti Masyarakat di Kawasan Perkelahan Air Terjun Gunung Ledang, Johor. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai pentingnya menjaga alam persekitaran serta memupuk semangan kerjasama diantara peserta program dengan masyarakat setempat.
Diharapkan segala usaha dapat memakmurkan masyarakat serta negara dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.








JURNAL SELEPAS PRAKTIKUM DI KPM AYER MOLEK, MELAKA
Alhamdullillah wa syukurillah, aku sangat bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaannya maka dapat juga aku jalani Praktikum Diploma Pendidikan Kaunseling di Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka.
Sesungguhnya, pelbagai pengalaman yang berguna dan bermakna dapat aku harungi sepanjang menjalankan praktikum disini. Ucapan terima kasih kepada Dr. Haniza, Hajjah Fuziah serta Dr. Kamsiah kerana kanyak memberi tunjuk ajar serta motivasi berguna sepanjang menjalankan praktikum disini. Sesungguhnya jasa dan tunjuk ajar kalian tidak dapat dibalas dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Sesi praktikum merupakan kaedah terbaik untuk memberikan pengalaman berguna setelah belajar didalam kelas. Dengan menjalani sesi praktikum ini, seseorang pelajar dapat menjiwai realiti sebenar dialam pekerjaan nanti. Oleh yang demikian, bagi pendapat peribadi aku, sesi praktikum ini perlu diteruskan kepada pelajar kesemua bidang supaya apa yang dipelajarinya didalam kelas dapat dipraktikkan dialam pekerjaan suatu hari nanti.
Di kesempatan ini juga aku berharap dengan segala ilmu dan pengalaman sepanjang sesi pembelajaran di UIAM dapat digunakan sepanjang bergelah seorang keunselor. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan semoga Allah memberi keredhaannya kepada kita semua. Amin.

Outreach UKK

Diploma Pendidikan (Kaunseling) MARA-UIAM
Edisi Praktikum (Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka)

Alhamdulillah, praktikum diploma pendidikan (kaunseling) MARA-UIAM yang diharungi selama kurang lebih 3 tahun tiba di penghujungnya. aku dangat happy n bebas kerana ia telah tamat dengan jayanya. so sekarang nie, aku nak share beberapa assingment sepanjang aku praktikum di KPM Ayer Molek ni. lets go:

ok, ni contoh outreach untuk memperkenalkan perkhidmatan kaunseling di kolej ini. ak wat simple je sebab kalau wat bagus pun tetap x leh cetak bercolour..budget x dek..hehe

Assalam.. alhamdulillah, sudah hampir 2 tahun usia perkahwinan kami..Insya Allah, bulan hadapan baby akan bersama kami. so sekarang ni ade tips yang hendak dikongsikan dengan korang semua. tips ni sangat bagus terutama kepada mereka yang bakal bergelar bapa untuk pertama kalinya. mesti dalam fikiran korang sangat nerves n kelam kabut bila difikirkan waktu isteri korang nak bersalin nanti kann..so sekarang ni aku nak share tips persediaan sebagai seorang bapa sewaktu isteri mahu bersalin..harap ia bermanfaat kepada korang semua..
Senarai keperluan bayi di hospital
  1. 2 helai tuala mandi
  2. 2 helai selimut
  3. 20 helai kain lampin / lampin pakai buang
  4. 1 kotak tissue basah
  5. 4 helai baju / baju sejuk
  6. 4 pasang seluar panjang
  7. 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
  1. 1 helai tuala mandi
  2. 1 helai tuala muka
  3. 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
  4. 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
  5. 2 helai pakaian biasa
  6. 2 pasang stokin
  7. 1 pasang selipar
  8. 3 helai coli khas untuk menyusu
  9. 2 pasang pelapik coli
  10. 5 helai seluar dalam pakai buang
  11. sikat
  12. berus gigi dan ubat gigi
  13. barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
  14. pakaian untuk pulang ke rumah
  15. bahan bacaan / yaasin
  16. susu sesuai untuk ibu menyusu seperti MAMIL MAMA
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
  1. surat rujukan doktor
  2. kad pengenalan anda & isteri
  3. surat nikah / kad perakuan nikah
  4. wang
  5. surat pengesahan majikan (penjawat awam)
  6. charger handfon (jika perlu)
  7. surat kebenaran menemani isteri semasa melahirkan bayi di labor room
so, diharapkan kepada bakal bapa untuk turut membantu isteri membuat persediaan selengkapnye supaya korang taklah tercari2 barang yang perlu dibawa bersama nanti..bapa muda mcm aku perlu get ready n cover macho k..hehe..wassalam

Monday, May 9, 2011

harga gula sudah naik..

salam..hai semua..
just nak berkongsi ngan u all mengenai kenaikan harga barang di malaysia..
cuba u all bukak mata mengenai hal ini..
adakah wajar kenaikan harga gula yang akan berkuat kuasa pd 10 Mei 2011..
dah la kenaikan tersebut sehingga rm0.20..banyak 2..
actually ak ni bukan la kuat sangat makan gula, tp ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada peniaga kecil terutama warung mak milah or warung kak tun di hujung kampung..
cubala korang letak diri korang di tempat mereka nie..cam ne la kedai kopi cam 2 nak naik harga segelas kopi mereka sehingga RM 1.50? ade ke orang kampung nak minum kopi berharga sedemikian? pikir laa..kita ni perlu mengambil hal mengenai mereka jugak..bagi yang dah kaya raya 2 x pe laa..maybe mereka x guna gula pasir untuk minum air manis, tp mereka yang berpendapatan kecil ni yang perlu diambil kira..please laa..jangan la selalu menekan rakyat kita ni..kesian laa aku tengok ngan mereka yang menenggung kesempitan ini..
cukuplaa tekanan lain yang korang himpit mereka..dahlaa\h harga minyak naik..harga gula pon nak naik sama..pentingkan golongan tertentu hingga menyempitkan golongan tertentu..
sedih dan pedih sangat ak baca hal ni..please..http://www.malaysiakini.com/news/163669 www.malaysiakini.com

Saturday, May 7, 2011

pls think positively!

salam..
disini just nak ajak korang para pembaca blog ak supaya sentiasa berfikiran positif..
perkara ini perlu bagi mengelakkan perasaan negatif dalam diri..
ak selalu menasihati klient yang menjalani sesi kaunseling bersamaku supaya sentiasa berfikiran fositif dalam setiap keasaan..
so lets think positively!
with care n love!